2012/11/14

NadWaH iSLaMiaH





Kecemerlangan pelajar bukan sahaja diukur dari segi prestasi akademik semata-mata, namun elemen kerohanian dan modal insan pelajar juga perlu diberi perhatian. Masih banyak yang perlu diperbaiki dan dimantapkan supaya sistem dan institusi pendidikan dapat membangunkan modal insan yang menguasai ilmu dan kemahiran tinggi, menjunjung nilai budaya bangsa, memiliki semangat patriotisme yang utuh, mempunyai daya saing yang tinggi dan berwibawa.
Dengan tekad untuk membina modal insan gemilang selari antara kecemerlangan akademik serta keperibadian diri yang unggul, pelbagai program dan aktiviti yang dirancang akan dilaksanakan kepada semua pelajar Kelas Rancangan Khas. Modal insan pelajar yang perlu dibangunkan ini memerlukan pelbagai aktiviti dan program yang akan membantu membentukkan sahsiah diri pelajar selari dengan kecemerlangan akademik  pelajar.
Pelajar yang terpilih adalah kumpulan pelajar cemerlang yang diharapkan bakal mencipta sejarah sekolah dengan mencatat keputusan PMR dan SPM yang cemerlang iaitu straight A. Kem yang akan dilaksanakan ini adalah berbentuk aktiviti luar yang akan memberi penekanan aspek fizikal pelajar, serta aktiviti berbentuk kerohanian. 

No comments:

Post a Comment