2014/06/26

Sukan SMK Ulu Tiram


Susulan daripada kejayaan JDT memenangi Piala Liga Super, Sultan Johor telah mengisytiharkan cuti peristiwa pada hari Khamis 26 Jun 2014.. Namun bagi sekolah-sekolah yang telah merancang program yang lebih awal dan sedang berjalan, boleh diteruskan atas budi bicara ketua jabatan dan boleh memohon cuti ganti. Sehubungan dengan itu, memandangkan SMK Ulu Tiram telah merancang Kejohanan Olahraga dan Balapaan Padang, maka sukan tetap diteruskan seperti yang telah dirancang. Diharapkan para pelajar serta ibu bapa dapat hadir bagi memeriahkan sukan sekolah yang bermula pada jam 7.30 pagi hingga 1.05 petang.. 1 Murid 1 Sukan.. 1 Suara 1 Tekad.. Majulah Sukan Untuk Negara!!