2012/11/14

NadWaH iSLaMiaH





Kecemerlangan pelajar bukan sahaja diukur dari segi prestasi akademik semata-mata, namun elemen kerohanian dan modal insan pelajar juga perlu diberi perhatian. Masih banyak yang perlu diperbaiki dan dimantapkan supaya sistem dan institusi pendidikan dapat membangunkan modal insan yang menguasai ilmu dan kemahiran tinggi, menjunjung nilai budaya bangsa, memiliki semangat patriotisme yang utuh, mempunyai daya saing yang tinggi dan berwibawa.
Dengan tekad untuk membina modal insan gemilang selari antara kecemerlangan akademik serta keperibadian diri yang unggul, pelbagai program dan aktiviti yang dirancang akan dilaksanakan kepada semua pelajar Kelas Rancangan Khas. Modal insan pelajar yang perlu dibangunkan ini memerlukan pelbagai aktiviti dan program yang akan membantu membentukkan sahsiah diri pelajar selari dengan kecemerlangan akademik  pelajar.
Pelajar yang terpilih adalah kumpulan pelajar cemerlang yang diharapkan bakal mencipta sejarah sekolah dengan mencatat keputusan PMR dan SPM yang cemerlang iaitu straight A. Kem yang akan dilaksanakan ini adalah berbentuk aktiviti luar yang akan memberi penekanan aspek fizikal pelajar, serta aktiviti berbentuk kerohanian. 

KaRNiVaL BoLiNg KRK







PeLaJaR cEMeRLaNg PMR KRK 2011


Tahniah kepada ketiga-tiga pelajar ini yang telah terpilih sebagai pelajar cemerlang KRK 2011 SMKUT dan seterusnya Daerah Pasir Gudang. Kriteria pemilihan adalah berdasarkan pencapaian akademik dan juga kokurikulum...
  1. Nursyahirah Bt Mohd Dinear
  2. Venosha A/P K.Ravan
  3. Ezatul Farahin 

KaRNiVaL KRK SMK Ulu TiraM





Karnival KRK Peringkat sekolah telah diadakan pada 21 April 2012 dan telah dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Pasir Gudang, Pn Hjh Fatimah Bt Ahmad... Gimik perasmian merupakan ciptaan khas pelajar Kelab Robotik yang juga pelajar KRK di bawah bimbingan En Ahmad Firdaus Bin Abd Hadi... Tahniah kepada barisan guru serta pelajar yang telah menjayakan karnival yang penuh gilang-gemilang ini.. 
Aktiviti yang dipertandingkan:  
  • Pidato Bahasa Melayu 
  • Sudoku
  • Public Speaking            
  • Catur (Kelab)                
  • Menulis esei  (BM)
  • Menulis esei  (BI)          
  • Boling  
  • Pantun   
  • Mencipta Logo KRK
  • Nyanyian lagu Patriotik (Kelab Kebudayaan)
  • Pameran inovasi                        



ProGRaM JanJi KaSiH




Program Janji Kasih Siri yang diadakan pada 19 April 2012 adalah program yang direncanakan oleh Kaunselor Penyelaras Tingkatan 3 KRK (PMR) bersama Penyelaras Kelas Rancangan Khas (KRK) SMK Ulu Tiram untuk membantu sekolah dalam menaikkan prestasi pencapaian akademik dalam usaha meletakkan SMK Ulu Tiram berada dalam TOP 10 senarai pencapaian akademik terbaik Daerah Pasir Gudang.

Pengisian program siri kedua ini adalah melibatkan konsultasi keibubapaan bersama dengan para pelajar. Dengan adanya program sebegini, ibu bapa akan lebih sedar tentang peranan dan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak termasuk motivasi kendiri mereka sebagai ibu bapa. Bagi pelajar pula, diharap mereka akan lebih sedar tentang pengisian diri dan motivasi mereka agar sedar tanggungjawab dan hala tuju persekolahan.

Kesimpulannya, kerjasama bersama Al Falah Training & Consultancy yang berpengalaman dalam pelbagai program termasuk keibubapaan diharap dapat direncanakan dengan jayanya dengan sokongan daripada pelbagai pihak termasuk para pentadbir SMK Ulu Tiram.

Genggam Straight A Daerah Pasir Gudang


JOHOR BAHRU 28 Feb. – Bagi meningkatkan motivasi pelajar, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Pasir Gudang melancarkan program Genggam Straight A di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Penggawa Timur, Masai dekat sini, baru-baru ini.

Majlis yang diadakan serentak dengan penyampaian Anugerah Cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 Sekolah Kawalan dan Kelas Rancangan Khas (KRK) Daerah Pasir Gudang itu dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Pasir Gudang, Hamzi Jamhari.

Turut hadir 14 pengetua sekolah di kawasan itu selain ibu bapa dan pelajar cemerlang. Bengkel Easy Math turut dianjurkan bagi memeriahkan program tersebut.

Majlis pelancaran Genggam Straight A oleh dirasmikan penuh simbolik oleh Hamzi dengan menekan bongkah A sebagai gimik perasmian dan seterusnya memotong reben kain rentang yang dibawa oleh robot ciptaan pelajar KRK SMK Ulu Tiram.

Penolong Pegawai Pelajaran Menengah (Murid) PPD Pasir Gudang, Mohd. Sakirin Muhd. Shah berkata, program itu bertujuan meningkatkan semangat dan motivasi pelajar SK dan KRK supaya mencapai visi dan misi PPD Pasir Gudang melahirkan 100 peratus pelajar mendapat sekurang-kurang 5A dan 50 peratus pelajar KRK mendapat perfect score dalam PMR 2012.

Majlis tersebut turut diserikan dengan persembahan nyanyian lagu patriotik oleh pelajar SMK Ulu Tiram dengan lagu Warisan dan Si Baju Hijau.

Seramai 27 pelajar turut dianugerah pelajar Cemerlang PMR 2012. Anugerah Pelajar Terbaik Lelaki dimenangi Mohamad Ika Danial Abdullah dari SMK Taman Johor Jaya 1 dan Anugerah Pelajar Terbaik Perempuan diraih Gan Jie En dari SMK Taman Daya.

SMK Kota Masai pula cemerlang dengan memenangi lima anugerah iaitu Gred Purata Mata Pelajaran Terbaik dalam subjek Matematik, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup dan Pendidikan Islam dalam PMR 2011. SMK Kota Masai turut melakar sejarah baru KRK Pasir Gudang apabila menerima Anugerah Sekolah Terbaik dengan rekod GPS 1.21.

SMK Ulu Tiram pula menerima Anugerah Mata Pelajaran Terbaik Bahasa Melayu, SMK Pasir Gudang (Anugerah Mata Pelajaran Terbaik Bahasa Inggeris) dan SMK Kota Puteri 2 (Anugerah Mata Pelajaran Terbaik Sains).

Penerima Anugerah Sekolah Peningkatan Terbaik PMR 2011 adalah SMK Kota Puteri 2 yang mencatat peningkatan Gred Purata Sekolah (GPS) 0.68 serta peningkatan peratusan pelajar cemerlang 16.25 peratus.