2009/07/28

MOTIVASI KRK..

12 JULAI 2009

Seramai 25 orang pelajar Tingkatan 1 RKIS DAN 1 RKIK telah mengikuti Program Motivasi KRK bertempat di KOLEJ KOMUNITI.. Pelajar telah diberi suntikan membina oleh kaunselor yang berpengalaman dan berpengetahuan luas dalam bidang ini.. Diharapkan pelajar lebih bersemangat dan bermotivasi selepas mengikuti program ini serta bertambah rajin untuk belajar.. Tingkatkan usaha untuk meraih kecemerlangan..

MeNGGiLaP BeRLiaN..


2 Julai 2009
Seramai 175 orang pelajar Kelas Rancangan Khas Tingkatan 3 Daerah Pasir Gudang telah menyertai program Menggilap Berlian bagi tahun 2009 yang bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Penggawa Timur,Masai, Johor. Setiap sekolah menghantar semua pelajar Tingkatan 3 kelas rancangan khas yang akan mengambil PMR pada tahun 2009 iaitu SMK ULU TIRAM, SMK DATO PENGGAWA TIMUR DAN SMK PASIR GUDANG. Ini bagi mencapai hasrat Pengarah iaitu 50% pelajar KRK mendapat 'perfect score'.. tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya mengikuti program ini. Diharapkan para pelajar mendapat input yang berguna sepanjang program. GOOD LUCK untuk PMR 2009..

ProGRaM BinGKiSaN HaTi..



10 Julai 2009...
Semua pelajar KRK telah dikumpulkan untuk mengikuti Program Bingkisan Hati. Para pelajar telah diberi suntikan baru dan peransang oleh Puan Mazlinah Mohamad. Antaranya pelajar diminta untuk menilai kembali keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun. Penekanan diberikan kepada mata pelajaran yang menyumbangkan peratusan gagal pelajar yang banyak iaitu Sains, Matematik dan Pendidikan Islam. Pelajar telah ditanya berkaitan teknik belajar yang telah mereka laksanakan dan telah diberikan cara belajar yang betul oleh Puan Mazlinah.Sesi soal jawab telah dilakukan di mana pelajar diberi peluang untuk menyatakan masalah yang mereka hadapi dalam pembelajaran. Para pelajar juga diminta untuk membuat satu Aku Janji yang menyatakan bahawa mereka akan belajar bersungguh-sungguh dan menghantarnya kepada kaunselor sekolah. Pemerhatain berterusan akan diberikan kepada para pelajar ini memandangkan mereka merupakan pelajar harapan sekolah.

2009/07/26

KHIDMAT MASYARAKAT PELAJAR KRK

25 April 2009

40 orang pelajar KRK telah terpilih untuk mengikuti lawatan ke RUMAH SRI KENANGAN, JB. Tujuan lawatan ini adalah untuk menjadikan pelajar KRK sebagai warganegara yang patriotik, prihatiin & bertanggungjawab kepada masyarakat & men
didik pelajar agar menjadi warganegara yang memberikan sumbangan kepada masyarakat & negara.
Sepanjang pelajar berada di sana, mereka telah banyak membantu warga emas ini dalam aktiviti gotong-royong. Mereka juga diberi peluang untuk beramah mesra dengan warga emas sambil menyertai pelbagai aktiviti yang telah diaturkan. Semoga dengan lawatan ini akan memberikan satu impak baru dalam diri pelajar KRK untuk lebih menghargai apa yang mereka perolehi sekarang.