2009/07/28

ProGRaM BinGKiSaN HaTi..



10 Julai 2009...
Semua pelajar KRK telah dikumpulkan untuk mengikuti Program Bingkisan Hati. Para pelajar telah diberi suntikan baru dan peransang oleh Puan Mazlinah Mohamad. Antaranya pelajar diminta untuk menilai kembali keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun. Penekanan diberikan kepada mata pelajaran yang menyumbangkan peratusan gagal pelajar yang banyak iaitu Sains, Matematik dan Pendidikan Islam. Pelajar telah ditanya berkaitan teknik belajar yang telah mereka laksanakan dan telah diberikan cara belajar yang betul oleh Puan Mazlinah.Sesi soal jawab telah dilakukan di mana pelajar diberi peluang untuk menyatakan masalah yang mereka hadapi dalam pembelajaran. Para pelajar juga diminta untuk membuat satu Aku Janji yang menyatakan bahawa mereka akan belajar bersungguh-sungguh dan menghantarnya kepada kaunselor sekolah. Pemerhatain berterusan akan diberikan kepada para pelajar ini memandangkan mereka merupakan pelajar harapan sekolah.

No comments:

Post a Comment