Showing posts with label BeRsAmA NuR AmALiNa.. Show all posts
Showing posts with label BeRsAmA NuR AmALiNa.. Show all posts

2008/11/01

BeRsaMa NuR AmaLiNa..

13 Ogos 2008..

Nur Amalina, pelajar cemerlang SMK Ulu Tiram merangkap pelajar cemerlang Malaysia telah berbesar hati meluangkan masa bersama adik-adik KRK SMK Ulu Tiram untuk bersama-sama memberikan suntikan baru dalam diri mereka. Di samping itu, ianya bermatlamat melahirkan pelajar yang bijak dan berjaya di dalam pelajaran hasil dari pengurusan belajar yang baik. Selain itu, memberi pengetahuan kepada pelajar mengenai asas pengetahuan membina cara belajar yang berkesan dan memperjelaskan peranan dan kepentingan mempunyai cara belajar yang berkesan.Nur Amalina turut menjelaskan teknik-teknik belajar yang baik dan efektif kepada pelajar. Para pelajar turut bergembira dengan kehadiran 'idola' mereka..