Seminggu telah berlalu sesi persekolahan 2009.. Pelajar kelihatan bersemangat untuk belajar dengan azam baru yang semestinya menjanjikan yang terbaik untuk diri mereka.. Kepada perintis KRK SMK Ulu Tiram, pelajar 3 RK, mereka bakal menempuh PMR pada tahun ini dan semoga persediaan telah dirancang dengan baik untuk kecemerlangan diri, keluarga dan sekolah.. Pastinya semua mengharapkan yang terbaik dari anda semua.. Teruskan usaha Menuju Puncak..
2009/01/09
2009/01/02
PENDAFTARAN PELAJAR TING.1
2/1/09 menjadi titik permulaan pelajar KRK Tingkatan 1 memulakan alam persekolahan yang baru.. Dengan wajah yang ceria, mereka tidak sabar menghitung hari untuk mengenali SMKUT dengan lebih dekat.. Diharapkan para pelajar dapat menyesuaikan diri di SMKUT.. tahniah kepada yang layak menjadi sebahagian dari keluarga KRK SMKUT dan kami mengalu-alukan kedatangan anda semua.. -DARI SEMUA WARGA SMKUT 2009-
2008/11/05
KarNivAL KRK mERiaH..

Karnival KRK yang diadakan di SMK Johor Jaya 1 dan SMK Taman Daya berlangsung dengan jayanya.. SMK Ulu Tiram JOHAN catur lelaki dan perempuan yang diwakili Anja Fahsya dan Siti Nur Aida.. Yap Ban Ho JOHAN Public Speaking kategori lelaki.. Shelomi meraih tempat kedua bagi kategori perempuan.. Pidato juga tidak kurang hebatnya di mana Khairun Naim berjaya menduduki tempat ke-2 dan Shafiqah tempat ke-3.. Pasukan pantun masih cemerlang dengan menduduki tempat ke-3 yang diwakili oleh Syazreen, Aiman, Fera Yunita dan Anieza.. Pasukan Petanq dan scrabble hanya bertahan untuk pusingan pertam sahaja.Namun, tidak sesekali mematahkan semangat warga KRK SMK Ulu Tiram..Tahun depan cuba lagi.. Walau apapun, tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan karnival ini..KRK BOLEH!!!
Labels:
kaRNiVaL 2008..
2008/11/02
Program Motivasi KRK

25 Julai 2008..
Pelajar KRK merupakan pelajar yang terpilih dan pelajar yang cemerlang dalam UPSR. Oleh itu, pencapaian mereka di peringkat sekolah menengah hendaklah cemerlang dan mencapai tahap yang ditetapkan. Sehubungan itu ceramah motivasi ini dilaksanakan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling untuk membantu dan meningkatkan semangat dan motivasi pelajar KRK..
Setelah mengikuti program ini, para pelajar lebih bersemangat untuk bersaing secara sihat dalam pelajaran dan bersahsiah baik..
Labels:
mOtiVaSi..
2008/11/01
BeRsaMa NuR AmaLiNa..
13 Ogos 2008..Nur Amalina, pelajar cemerlang SMK Ulu Tiram merangkap pelajar cemerlang Malaysia telah berbesar hati meluangkan masa bersama adik-adik KRK SMK Ulu Tiram untuk bersama-sama memberikan suntikan baru dalam diri mereka. Di samping itu, ianya bermatlamat melahirkan pelajar yang bijak dan berjaya di dalam pelajaran hasil dari pengurusan belajar yang baik. Selain itu, memberi pengetahuan kepada pelajar mengenai asas pengetahuan membina cara belajar yang berkesan dan memperjelaskan peranan dan kepentingan mempunyai cara belajar yang berkesan.Nur Amalina turut menjelaskan teknik-teknik belajar yang baik dan efektif kepada pelajar. Para pelajar turut bergembira dengan kehadiran 'idola' mereka..
Labels:
BeRsAmA NuR AmALiNa.
PrOgrAm BeRsAmA pEnGeTuA..

13 JuN 2008Puan Rosni Bt Ismail, Pengetua SMK Ulu Tiram telah berbesar hati meluangkan masa bersama pelajar KRK SMK Ulu Tiram untuk menyampaikan amanat yang berguna kepada para pelajar.Pelajar dibimbing untuk membina teknik belajar yang berkesan sepanjang pembelajaran mereka di sekolah dan di rumah selain menanam keyakinan diri pelajar terhadap pembelajaran mereka.. Amanat yang telah disampaikan diharapkan akan menjadi panduan dan pedoman bagi pelajar serta landasan yang berguna untuk mereka mencapai kecemerlangan dalam semua bidang serta meningkatkan semangat pelajar untuk terus BERJAYA sebagai pelajar KRK yang CEMERLANG, GEMILANG & TERBILANG !! Teruskan usaha!!
Labels:
BeRsAmA PeNgEtUa..
BeNgKeL MeNcATaT NoTa..
4 ApRiL 2008..Untuk mencapai kecemerlangan, seseorang pelajar seharusnya perlu tahu bagaimana menghasilkan nota yang lengkap.Di peringkatsekolah, kaedah penilaian merupakan fokus kepada hafalan fakta. Oleh yang demikian tentunya cara mengambil atau mencatat nota lebih memfokuskan kepada fakta. Teknik mencatat nota juga secara tidak langsung dapat membantu pelajar untuk belajar dengan teratur. Matlamat bengkel ini diadakan adalah untuk membantu pelajar mahir dalam mencatat nota yang mudah bagi pelajar mengulangkaji kelak bagi semua matapelajaran serta diaplikasikan pada masa akan datang. Selain itu, ianya untuk membantu pelajar mengetahui teknik belajar yang berkesan dalam membantu meningkatkan keputusan yang cemerlang .
Labels:
MeNcAtAT nOtA..
Enrolmen KRK SMK Ulu Tiram 2008
TINGKATAN | MELAYU | CINA | INDIA | JUMLAH | JUMLAH | ||||
L | P | L | P | L | P | L | P | ||
1 RK 1 | 4 | 18 | - | 3 | 2 | 5 | 7 | 26 | 32 |
1 RK 2 | 6 | 19 | 2 | 1 | 1 | 6 | 10 | 26 | 35 |
2 RK | 10 | 13 | 3 | 5 | - | 3 | 14 | 21 | 34 |
JUMLAH | 23 | 50 | 5 | 9 | 3 | 14 | 31 | 73 | 101 |
2008/10/31
2008/10/30
SeLaMaT DaTaNG..
Selamat Datang ke Blog KRK SMK Ulu Tiram
Selamat sejahtera ke atas semua.. Kejayaan itu bermula dengan impian.. disusuli dengan usaha... disuluhi dengan tekad yang cekal.. disulami dengan cabaran... dilandaskan dengan tawakal dan doa... Namun ia masih bergantung pada nasib, rezeki dan ketentuan Tuhan... Selamat Menuju Puncak..
Selamat sejahtera ke atas semua.. Kejayaan itu bermula dengan impian.. disusuli dengan usaha... disuluhi dengan tekad yang cekal.. disulami dengan cabaran... dilandaskan dengan tawakal dan doa... Namun ia masih bergantung pada nasib, rezeki dan ketentuan Tuhan... Selamat Menuju Puncak..
Subscribe to:
Posts (Atom)












