2012/11/14

ProGRaM JanJi KaSiH




Program Janji Kasih Siri yang diadakan pada 19 April 2012 adalah program yang direncanakan oleh Kaunselor Penyelaras Tingkatan 3 KRK (PMR) bersama Penyelaras Kelas Rancangan Khas (KRK) SMK Ulu Tiram untuk membantu sekolah dalam menaikkan prestasi pencapaian akademik dalam usaha meletakkan SMK Ulu Tiram berada dalam TOP 10 senarai pencapaian akademik terbaik Daerah Pasir Gudang.

Pengisian program siri kedua ini adalah melibatkan konsultasi keibubapaan bersama dengan para pelajar. Dengan adanya program sebegini, ibu bapa akan lebih sedar tentang peranan dan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak termasuk motivasi kendiri mereka sebagai ibu bapa. Bagi pelajar pula, diharap mereka akan lebih sedar tentang pengisian diri dan motivasi mereka agar sedar tanggungjawab dan hala tuju persekolahan.

Kesimpulannya, kerjasama bersama Al Falah Training & Consultancy yang berpengalaman dalam pelbagai program termasuk keibubapaan diharap dapat direncanakan dengan jayanya dengan sokongan daripada pelbagai pihak termasuk para pentadbir SMK Ulu Tiram.

No comments:

Post a Comment