2010/12/29
TaHniaH..
tahniah kepada semua pelajar KRK SMK Ulu Tiram keran telah berjaya mencatatkan keputusan yang cemerlang dalam PMR 2011... Sekalung tahniah buat yang berjaya mendapat straight's A... 30 daripada 39 pelajar cemerlang adalah dari pelajar KRK.. pencapaian yang sangat hebat... lain-lain, jangan berputus asa..... cuba lagi untuk SPM 2012......
2010/06/26
PROGRAM MUTIARA GEMILANG PMR 2010
Pada 22 Mei 2010, Program Mutiara Gemilang 2010 yang dianjurkan oleh PPD Pasir Gudang telah disertai oleh 25 orang pelajar tingkatan 3 RK di SMK Permas Jaya.
Program ini turut disertai oleh beberapa buah sekolah seperti SMK Pasir Gudang, SMK Kota Masai, SMK Dato' Penggawa Timur, SMK Taman Johor Jaya 1, SMK Taman Daya, SMK Seri Kota Puteri 2.
Program telah berjalan dengan jayanya dari mulanya pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 1.30 tengahhari
Diharapkan agar para pelajar akan meningkatkan kesungguhan dan ketahanan diri pelajar untuk beljar dengan lebih baik
2010/03/13
SESI PERSEKOLAHAN 2010
TAHUN 2010 TELAH PUN TIBA!
2010 merupakan tahun yg baru bagi pelajar-pelajar KRK SMK Ulu Tiram. Dan pastinya semangat mereka untuk terus maju semakin tinggi. Seramai lebih kurang 80 orang pelajar tingkatan 1 terpilih untuk mendaftarkan diri di KRK SMK Ulu Tiram atas pencapaian yang cemerlang dalam UPSR 2009.
Bagi tingkatan 2 dan 3 RK pada tahun ini, satu rombakan dijalankan di kalangan pelajar. Rombakan yang dijalankan adalah untuk meningkatkan prestasi pelajar-pelajar yang berpotensi untuk mencapai kecemerlangan dengan cara pembelajaran yang berkesan!
SEMOGA PELAJAR-PELAJAR DAPAT SUNTIKAN SEMANGAT YANG BARU PADA TAHUN INI!
2009/11/14
2009/10/21
SeLaMat MenempuH FiNaL eXaM...
Kepada semua pelajar KRK Ting. 1 & 2, selamat menempuh peperiksaan akhir tahun 2009..semoga semua akan memperoleh keputusan yang cemerlang.. GOOD LUCK....
2009/10/03
SELAMAT MENEMPUH PMR..
selamat menempuh PMR bagi pelajar2 KRK TING.3 SMK ULU TIRAM.. semoga semua pelajar akan mencapai kjayaan cemerlang dan mengharumkan nama sekolah.. Semua guru dan kakitangan sekolah mendoakan kejayaan anda semua..TERUSKAN USAHA dan SELAMAT MAJU JAYA.. good luck...
KaRniVaL KRK 2009
Untuk perhatian semua pelajar KRK SMK ULU TIRAM, Karnival KRK 2009 telah DIBATALKAN atas sbb2 tertentu. Diharapkan semua pelajar tidak putus asa dan kecewa.. Insyaallah awal thn 2010, Karnival KRK peringkat sekolah akan diadakan..
2009/07/28
MOTIVASI KRK..
12 JULAI 2009
Seramai 25 orang pelajar Tingkatan 1 RKIS DAN 1 RKIK telah mengikuti Program Motivasi KRK bertempat di KOLEJ KOMUNITI.. Pelajar telah diberi suntikan membina oleh kaunselor yang berpengalaman dan berpengetahuan luas dalam bidang ini.. Diharapkan pelajar lebih bersemangat dan bermotivasi selepas mengikuti program ini serta bertambah rajin untuk belajar.. Tingkatkan usaha untuk meraih kecemerlangan..
Seramai 25 orang pelajar Tingkatan 1 RKIS DAN 1 RKIK telah mengikuti Program Motivasi KRK bertempat di KOLEJ KOMUNITI.. Pelajar telah diberi suntikan membina oleh kaunselor yang berpengalaman dan berpengetahuan luas dalam bidang ini.. Diharapkan pelajar lebih bersemangat dan bermotivasi selepas mengikuti program ini serta bertambah rajin untuk belajar.. Tingkatkan usaha untuk meraih kecemerlangan..
MeNGGiLaP BeRLiaN..
2 Julai 2009
Seramai 175 orang pelajar Kelas Rancangan Khas Tingkatan 3 Daerah Pasir Gudang telah menyertai program Menggilap Berlian bagi tahun 2009 yang bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Penggawa Timur,Masai, Johor. Setiap sekolah menghantar semua pelajar Tingkatan 3 kelas rancangan khas yang akan mengambil PMR pada tahun 2009 iaitu SMK ULU TIRAM, SMK DATO PENGGAWA TIMUR DAN SMK PASIR GUDANG. Ini bagi mencapai hasrat Pengarah iaitu 50% pelajar KRK mendapat 'perfect score'.. tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya mengikuti program ini. Diharapkan para pelajar mendapat input yang berguna sepanjang program. GOOD LUCK untuk PMR 2009..
Seramai 175 orang pelajar Kelas Rancangan Khas Tingkatan 3 Daerah Pasir Gudang telah menyertai program Menggilap Berlian bagi tahun 2009 yang bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Penggawa Timur,Masai, Johor. Setiap sekolah menghantar semua pelajar Tingkatan 3 kelas rancangan khas yang akan mengambil PMR pada tahun 2009 iaitu SMK ULU TIRAM, SMK DATO PENGGAWA TIMUR DAN SMK PASIR GUDANG. Ini bagi mencapai hasrat Pengarah iaitu 50% pelajar KRK mendapat 'perfect score'.. tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya mengikuti program ini. Diharapkan para pelajar mendapat input yang berguna sepanjang program. GOOD LUCK untuk PMR 2009..
Labels:
MeNGGiLaP BeRLiaN..
ProGRaM BinGKiSaN HaTi..
10 Julai 2009...
Semua pelajar KRK telah dikumpulkan untuk mengikuti Program Bingkisan Hati. Para pelajar telah diberi suntikan baru dan peransang oleh Puan Mazlinah Mohamad. Antaranya pelajar diminta untuk menilai kembali keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun. Penekanan diberikan kepada mata pelajaran yang menyumbangkan peratusan gagal pelajar yang banyak iaitu Sains, Matematik dan Pendidikan Islam. Pelajar telah ditanya berkaitan teknik belajar yang telah mereka laksanakan dan telah diberikan cara belajar yang betul oleh Puan Mazlinah.Sesi soal jawab telah dilakukan di mana pelajar diberi peluang untuk menyatakan masalah yang mereka hadapi dalam pembelajaran. Para pelajar juga diminta untuk membuat satu Aku Janji yang menyatakan bahawa mereka akan belajar bersungguh-sungguh dan menghantarnya kepada kaunselor sekolah. Pemerhatain berterusan akan diberikan kepada para pelajar ini memandangkan mereka merupakan pelajar harapan sekolah.
2009/07/26
KHIDMAT MASYARAKAT PELAJAR KRK
25 April 200940 orang pelajar KRK telah terpilih untuk mengikuti lawatan ke RUMAH SRI KENANGAN, JB. Tujuan lawatan ini adalah untuk menjadikan pelajar KRK sebagai warganegara yang patriotik, prihatiin & bertanggungjawab kepada masyarakat & mendidik pelajar agar menjadi warganegara yang memberikan sumbangan kepada masyarakat & negara.
Sepanjang pelajar berada di sana, mereka telah banyak membantu warga emas ini dalam aktiviti gotong-royong. Mereka juga diberi peluang untuk beramah mesra dengan warga emas sambil menyertai pelbagai aktiviti yang telah diaturkan. Semoga dengan lawatan ini akan memberikan satu impak baru dalam diri pelajar KRK untuk lebih menghargai apa yang mereka perolehi sekarang.
2009/07/05
2009/05/20
MeNggiLaP PeRMaTa..
Program menggilap permata telah diadakan di Bilik Sri Mutiara SMK Ulu Tiram di mana pelajar-pelajar kategori kepujian telah dikumpulkan untuk diberikan satu suntikan baru oleh Pn Mazlinah dan kaunselor, Pn Nurullida.. Semoga apa yang telah disampaikan akan membuatkan pelajar lebih bersedia sebelum menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun nanti.. Good Luck to all RK's student...
2009/01/09
SeLaMaT kEMBaLi Ke SeKoLaH..
Seminggu telah berlalu sesi persekolahan 2009.. Pelajar kelihatan bersemangat untuk belajar dengan azam baru yang semestinya menjanjikan yang terbaik untuk diri mereka.. Kepada perintis KRK SMK Ulu Tiram, pelajar 3 RK, mereka bakal menempuh PMR pada tahun ini dan semoga persediaan telah dirancang dengan baik untuk kecemerlangan diri, keluarga dan sekolah.. Pastinya semua mengharapkan yang terbaik dari anda semua.. Teruskan usaha Menuju Puncak..
2009/01/02
PENDAFTARAN PELAJAR TING.1
2/1/09 menjadi titik permulaan pelajar KRK Tingkatan 1 memulakan alam persekolahan yang baru.. Dengan wajah yang ceria, mereka tidak sabar menghitung hari untuk mengenali SMKUT dengan lebih dekat.. Diharapkan para pelajar dapat menyesuaikan diri di SMKUT.. tahniah kepada yang layak menjadi sebahagian dari keluarga KRK SMKUT dan kami mengalu-alukan kedatangan anda semua.. -DARI SEMUA WARGA SMKUT 2009-
2008/11/05
KarNivAL KRK mERiaH..

Karnival KRK yang diadakan di SMK Johor Jaya 1 dan SMK Taman Daya berlangsung dengan jayanya.. SMK Ulu Tiram JOHAN catur lelaki dan perempuan yang diwakili Anja Fahsya dan Siti Nur Aida.. Yap Ban Ho JOHAN Public Speaking kategori lelaki.. Shelomi meraih tempat kedua bagi kategori perempuan.. Pidato juga tidak kurang hebatnya di mana Khairun Naim berjaya menduduki tempat ke-2 dan Shafiqah tempat ke-3.. Pasukan pantun masih cemerlang dengan menduduki tempat ke-3 yang diwakili oleh Syazreen, Aiman, Fera Yunita dan Anieza.. Pasukan Petanq dan scrabble hanya bertahan untuk pusingan pertam sahaja.Namun, tidak sesekali mematahkan semangat warga KRK SMK Ulu Tiram..Tahun depan cuba lagi.. Walau apapun, tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan karnival ini..KRK BOLEH!!!
Labels:
kaRNiVaL 2008..
2008/11/02
Program Motivasi KRK

25 Julai 2008..
Pelajar KRK merupakan pelajar yang terpilih dan pelajar yang cemerlang dalam UPSR. Oleh itu, pencapaian mereka di peringkat sekolah menengah hendaklah cemerlang dan mencapai tahap yang ditetapkan. Sehubungan itu ceramah motivasi ini dilaksanakan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling untuk membantu dan meningkatkan semangat dan motivasi pelajar KRK..
Setelah mengikuti program ini, para pelajar lebih bersemangat untuk bersaing secara sihat dalam pelajaran dan bersahsiah baik..
Labels:
mOtiVaSi..
2008/11/01
BeRsaMa NuR AmaLiNa..
13 Ogos 2008..Nur Amalina, pelajar cemerlang SMK Ulu Tiram merangkap pelajar cemerlang Malaysia telah berbesar hati meluangkan masa bersama adik-adik KRK SMK Ulu Tiram untuk bersama-sama memberikan suntikan baru dalam diri mereka. Di samping itu, ianya bermatlamat melahirkan pelajar yang bijak dan berjaya di dalam pelajaran hasil dari pengurusan belajar yang baik. Selain itu, memberi pengetahuan kepada pelajar mengenai asas pengetahuan membina cara belajar yang berkesan dan memperjelaskan peranan dan kepentingan mempunyai cara belajar yang berkesan.Nur Amalina turut menjelaskan teknik-teknik belajar yang baik dan efektif kepada pelajar. Para pelajar turut bergembira dengan kehadiran 'idola' mereka..
Labels:
BeRsAmA NuR AmALiNa.
PrOgrAm BeRsAmA pEnGeTuA..

13 JuN 2008Puan Rosni Bt Ismail, Pengetua SMK Ulu Tiram telah berbesar hati meluangkan masa bersama pelajar KRK SMK Ulu Tiram untuk menyampaikan amanat yang berguna kepada para pelajar.Pelajar dibimbing untuk membina teknik belajar yang berkesan sepanjang pembelajaran mereka di sekolah dan di rumah selain menanam keyakinan diri pelajar terhadap pembelajaran mereka.. Amanat yang telah disampaikan diharapkan akan menjadi panduan dan pedoman bagi pelajar serta landasan yang berguna untuk mereka mencapai kecemerlangan dalam semua bidang serta meningkatkan semangat pelajar untuk terus BERJAYA sebagai pelajar KRK yang CEMERLANG, GEMILANG & TERBILANG !! Teruskan usaha!!
Labels:
BeRsAmA PeNgEtUa..
BeNgKeL MeNcATaT NoTa..
4 ApRiL 2008..Untuk mencapai kecemerlangan, seseorang pelajar seharusnya perlu tahu bagaimana menghasilkan nota yang lengkap.Di peringkatsekolah, kaedah penilaian merupakan fokus kepada hafalan fakta. Oleh yang demikian tentunya cara mengambil atau mencatat nota lebih memfokuskan kepada fakta. Teknik mencatat nota juga secara tidak langsung dapat membantu pelajar untuk belajar dengan teratur. Matlamat bengkel ini diadakan adalah untuk membantu pelajar mahir dalam mencatat nota yang mudah bagi pelajar mengulangkaji kelak bagi semua matapelajaran serta diaplikasikan pada masa akan datang. Selain itu, ianya untuk membantu pelajar mengetahui teknik belajar yang berkesan dalam membantu meningkatkan keputusan yang cemerlang .
Labels:
MeNcAtAT nOtA..
Subscribe to:
Posts (Atom)



















